Wednesday, January 28, 2009

Dari Johor ke Perak

















Dari Johor sampai Perak.. Perjalanan yang menyeronokkan..

Setelah 10 tahun mendirikan rumahtangga, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Perak. Tanah tumpah darah Isteriku yang tercinta. Bertemu sanak saudara yang telah lama terpisah.. hanya dihubungkan dengan talian suara bertanyakan khabar berita.

Perak.. menghadirkan suasana yang berbeza dengan hamparan sawah padi yang menguning jauh sejauh.. mata memandang. Sungguh berberbeza dengan negeri kelahiranku.. hanya rimbunan pokok kelapa sawit di sini sana.

Nun di sudut sana, kelihatan anak-anak kecil berlari di atas batas dengan keriangan. Melihat anak-anak sepat mengocak air hati mereka tersenyum tak terkata..

Mungkinkah aku kan kembali lagi?


KEMBALI

Salam Sejahtera...

Aku KEMBALI..

Terlalu sibuk.. banyak yang perlu dibereskan.. kini aku kembali

Friday, June 13, 2008

SKMM arah Celcom henti peraduan.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan Celcom Mobile Sdn Bhd supaya menghentikan peraduan “Celcom 100 Hari 100 Kereta” susulan bantahan orang ramai. Dalam kenyataannya, SKMM menyatakan Celcom juga diminta mengembalikan semula bayaran kepada pelanggan yang mengambil bahagian dalam peraduan itu. “Celcom juga diminta menyediakan maklum balas secara bertulis, menyatakan alasan kerana tidak mematuhi arahan, selewat-lewatnya 16 Jun,” katanya.
SKMM menyiasat aduan mengenai peraduan itu dan mendapati wujud unsur-unsur ketidakpatuhan Kod Amalan Pelanggan Am. Peraduan itu sepatutnya berlangsung dari 2 Jun hingga 9 September 2008. - Bernama

Comment saya - Akhirnya.....

Thursday, June 12, 2008

Peraduan 100 kereta 100 hari Celcom .. merugikan

Peraduan Celcom dipersoal


APA yang ingin saya kongsikan bersama pembaca lain adalah pengalaman saya semasa menyertai peraduan 100 kereta 100 hari anjuran Celcom.
Pada malam Selasa (3.6.2008) saya mula menghantar SMS ke nombor yang digunakan Celcom untuk menyertai pertandingan ini setelah teruja menonton iklannya di televisyen.
Saya pun dihujani soalan-soalan yang mudah dan mampu dijawab. Teruja dengan pujian yang diberi penganjur setelah memberi jawapan yang betul, saya melayani soalan demi soalan hingga ke pukul 3 pagi.
Saya mula berangan memandu sebuah Toyota Camry apabila saya diumpan dengan kata-kata manis bakal menjadi pemenang.
Pendek kata tiada halangan langsung untuk saya menjadi salah seorang pemenang yang dicari.
Keesokannya Rabu (4.6.2008), saya mula melayani soalan lagi seawal jam 10 pagi hinggalah ke malam. Soalan-soalan yang diberi berulang kali memang mudah dijawab.
Mungkin ia satu taktik untuk menarik saya meneruskan permainan. Saya menjadi leka dan hanya memikirkan sebuah Toyota Camry yang bakal dimenangi tanpa menyedari bayaran yang kian meningkat. Saya mula diberi mata bonus dan leka menjawab soalan hingga ke pukul 1 pagi.
Keesokan paginya, Khamis (5.6.2008), saya diajak lagi menjawab soalan melalui SMS yang diterima daripada nombor seawal jam 9 pagi. Kononnya pada malam tadinya saya telah menang kerana konsisten menjawab dengan tepat. Mahu tidak mahu saya terpaksa juga menjawab soalan yang dihantar.
Saya katakan ‘terpaksa’ kerana waktu itu saya sudah mula merasa bosan namun bila mengenangkan bayaran yang telah dikreditkan ke akuan saya dianggarkan telah mencecah ribuan ringgit, saya teruskan juga di samping berpegang kepada pepatah alang-alang mencelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya terus dipuji dan diyakinkan bakal menang jika terus menjawab.
Bimbang
Dalam pada itu, saya membuat bayaran kira-kira RM150 kerana bimbang tidak dapat meneruskan permainan sedangkan bayaran terus meningkat. Untuk makluman pembaca saya menggunakan talian postpaid.
Apa yang saya bimbangkan benar-benar terjadi apabila kira-kira 7.00 petang pada hari tersebut, talian saya disekat (active barring). Waktu itu mata yang telah saya kumpul telah mencecah tiga juta. Namun saya tetap belum memenangi apa-apa pun.
Keesokannya iaitu Jumaat (6.6.08), saya membuat bayaran RM200 dan menghu
Celcom Careline di talian 1111 merayu minta talian saya dibebaskan supaya saya boleh menghabiskan permainan.
Namun permintaan saya tidak dilayan kecuali saya membuat bayaran sepenuhnya iaitu kira-kira RM3,000. Kebiasaannya bayaran telefon saya sebelum ini hanyalah sekitar RM100 hingga RM150 sahaja.
Saya merayu lagi dengan mengatakan bil saya meningkat mendadak semata-mata kerana menyertai peraduan yang Celcom sendiri anjurkan, namun tidak dilayan.
Saya juga menyatakan untuk tidak akan mengambil kereta yang ditawarkan sekiranya saya memenanginya sehinggalah setelah semua bayaran saya jelaskan namun tidak dipersetujui.
Saya keliru kerana di satu pihak Celcom masih tetap menghantar soalan untuk saya teruskan kerana saya benar-benar diyakinkan akan menang. Pujukan ini berlarutan hingga ke hari Ahad (7.6.2008). Di satu pihak lagi, Celcom langsung tidak mempedulikan rayuan saya.
Kini saya perlu menjelaskan bil saya sejumlah RM3,000 itu di samping menanggung dosa kerana berjudi yang mana seumur usia ini tak pernah saya lakukan. Peraduan ini memang satu perjudian kerana ramai yang kalah dan kerugian beribu-ribu ringgit sedangkan yang menang hanya seorang.

HUSSAIN, Perak

Petikan dari surat pembaca Utusan pada 12 Jun 2008.

Comment saya: Sudah terang lagi bersuluh.. peraduan ini hanya untuk memenuhkan poket pihak penganjur. Jangan kita kabur dengan untung ganjaran lumayan yang dijanjikan sebaliknya kerugian membebani kita.

Monday, June 9, 2008

Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.
Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.
Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.
Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.
“Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. “Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?” kata beliau.
Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.
Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.
“Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan,” ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.
Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.
Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.
Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.
“Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. “Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil,” tegas beliau.

Adat cukur jambul

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.
Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.
Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Thursday, May 8, 2008

My new born baby - Nur Alya Insyirah



Baby Girl..


Berat: 4.5kg

Umur: 15 hari


.. Kuat minum susu

...Kuat menangis


Tapi comel...

Sunday, April 27, 2008


MY FAMILY..minus new born baby..